SIJIL PENGAJIAN AL-QUR'AN
LATAR BELAKANG
Kursus jangka pendek Sijil Pengajian al-Qur’an (SPAQ) anjuran Unit Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Korporat, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya mula diperkenalkan pada September 2001. Kursus ini menggabungkan tiga elemen penting yang mendasari pengajian al-Qur’an iaitu kemahiran tajwid dan tilawah al-Qur’an serta tarannum (lagu-lagu al-Qur’an), bahasa al-Qur’an dan ilmu-ilmu al-Qur’an. Setelah beroperasi hingga kini, kursus ini telah berjaya menarik minat masyarakat Islam mendalami ilmu-ilmu al-Qur’an yang bersifat semasa di samping menguasai kemahiran tilawah al-Qur’an serta bahasa Arab sebagai bahasa pengantar al-Qur’an.
OBJEKTIF
Kursus ini diperkenalkan kepada masyarakat awam bertujuan untuk menyebarkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kitab suci al-Qur'an kepada mereka . Antara objektif utama kursus ini :
· Membimbing masyarakat awam membaca al‑Qur'an dengan betul (tartil)
· Mendedahkan mereka kepada kefahaman sebenar tentang isi-isi kandungan al-Qur'an khususnya hukum-hakam yang terkandung di dalamnya
· Mengajar dan membimbing mereka bagaimana mempraktikkan segala perintah terkandung di dalam al-Qur'an
· Menjadikan mereka cintakan al-Qur'an serta meletakkannya sebagai dustur (perlembagaan) hidup sepanjang hayat
Kursus ini ditawarkan di peringkat sijil dan terbuka kepada individu yang berminat.
ANJURANKursus ini dianjur oleh Unit Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Korporat, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUSKelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Pengajian adalah secara kuliah dan tutorial.
KELAYAKAN
Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.
TEMPOH KURSUS
Kursus ini mengandungi 4 modul dan setiap modul dijalankan selama 4 bulan. Kuliah diadakan setiap hari sabtu dari 9.00 - 11.00 pagi.
Mata pelajaran kursus berdasarkan modul yang dirangka khusus.
MODUL IUlum al-Qur'an IMembincangkan pengertian al-Qur'an, ciri-cirinya, nama-nama Qira'at, kemukjizatan, sebab-sebab nuzulnya, hikmah penurunan secara beransur-ansur, ayat-ayat muhkamat, mutasyabihat, makkiyyah, madaniyyah, sejarah pengumpulan al-Qur'an serta perkara-perkara yang berkaitan.
Tajwid dan Tilawah al-Qur'an I Membincangkan bentuk-bentuk huruf al-Qur'an. Pengenalan ilmu Tajwid dan hukum mempelajarinya, makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan kaedah pembacaan secara bertajwid.
Bahasa Al-Qur'an IBertujuan untuk mempelajari pengertian kalimah, ayat dan gaya bahasa al-Qur'an serta tatabahasa Arab yang berkaitan dengannya secara mudah, ringkas dan praktikal.
Wirid al-Qur'anMembincangkan doa-doa terbaik yang boleh diamalkan oleh seseorang muslim merangkumi pengertian doa ma'thurat, kepentingannya, adab, tempat dan masa berdoa.
MODUL IIUlum al-Qur'anMembincangkan pengertian ilmu tafsir dan pembahagiannya seperti Tafsir bi al-Riwayah, Tafsir bi-al-Dirayah (AI-Ra'yi) dan Tafsir al-lsyari.
Tajwid dan Tilawah al-Qur'an IIMerupakan lanjutan dari kursus Tajwid dan Tilawah al-Qur'an I. Membincangkan tentang hukum nun mati dan tanwin, hukum mim mati, hukum mim dan nun bertasydid mad dan qasar, basmalah dan hukumnya.
Bahasa al-Qur'an IIMembincangkan jenis-jenis ayat di dalam al-Qur'an dan sistem pembentukannya, sistem perubahan kalimah di dalam ayat menurut tatabahasa Arab dan praktikaliti terhadap ayat-ayat al-Qur'an, adawat dan fungsinya di dalam ayat, jenis-jenis gaya bahasa al-Qur'an dan sistem maknanya.
Al-Qur'an Dan Pembinaan Syakhsiah Menghuraikan keperibadian muslim berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah. Penekanan diberikan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai model keperibadian muslim, peranan ibadat dalam membina sifat-sifat peribadi muslim, adab dan budaya hidup muslim serta nilai-nilai murni dalam Islam.
MODUL IIITafsir Ayat al-Ahkam IMembincangkan ayat-ayat terpilih yang berkaitan dengan hukum-hakam.
Tajwid dan Tilawah al-Qur'an IIILanjutan dan pelengkap kepada Tajwid dan Tiiawah al-Qur’an I dan II. Membincangkan tentang waqaf dan bahagian-bahagian tanda waqaf yang terdapat dalam al-Qur'an, hamzah wasal, hukum lam, isti'azah serta adab-adab membaca al-Qur'an.
Bahasa al-Qur'an IIIMerupakan lanjutan dari kursus Bahasa al-Qur’an II. Membincangkan mengenai cara penyusunan jumlah ayat dalam al-Qur'an, pembahagian asas kalimah serta keperluan dalam pembentukan ayat mengikut peraturanperaturan bahasa Arab.
Al-Qur'an Dan Pembinaan Masyarakat Menghuraikan tentang hubungan Islam dan masyarakat, pengabdian kepada Allah dan masyarakat, keadilan di dalam al-Qur'an, kepentingan pimpinan dalam pembinaan masyarakat dan amanah dalam kehidupan masyarakat.
MODUL IV
Aqidah al-Qur'anMenghuraikan tentang aqidah ahl al-sunnah wa al jama'ah yang merangkumi perkara-perkara pokok bagi pegangan setiap muslim.
Bahasa al-Qur'an IVLanjutan dari pelajaran yang lepas dan membincangkan al-nakirah, al-ma'rifah, al-mudhakkar dan al-mu'annas.
Praktikal al-Qur'an 1Merupakan lanjutan dari pelajaran Tajwid &Tilawah Al-Qur’an. Pelajar didedahkan dengan bacaan al-Qur’an yang betul dan menghafal al-Qur’an.
Praktikal al-Qur'an 2Merupakan kesinambungan dari Praktikal al-Qur’an 1. Pelajar didedahkan dengan bacaan al-Qur’an yang betul dan menghafal al-Qur'an.
MODUL V (pilihan)Bahasa al-Qur’an V Lanjutan dari pelajaran yang lepas, membincangkan tentang bahasa Arab menerusi teks al-Qur’an, ibadah, nasab, jazam dan sebagainya.
Taranum al-Qur’anPelajar didedahkan dengan bentuk lagu yang sering digunakan dalam pembacaan al-Qur’an seperti Bayati, Misri, Shika, Ras dan sebagainya.
Kaedah Penghafalan Al-Qur’anMembincangkan kaedah penghafalan al Qur’an merangkumi teknik-teknik penghafalan ayat-ayat pendek dan ayat-ayat panjang, memelihara dan mengekalkan penghafalan, adab-adab seorang hafiz dan sebagainya.
Tafsir Ayat AI-Ahkam IIMerupakan lanjutan dari Tafsir Ayat AI-Ahkam I. la lebih memfokus Kepada tafsir Mawdui' dan tafsir tahlili terhadap beberapa ayat dari surah-surah yang terpilih seperti al Baqarah (282-283), al-Mujadalah (1-4) al-Talaq (1-3), al- Nisa' (92-93) dan lain-lain.
KELAS TALAQQI & QIRA'AT AL-QUR'AN (pilihan)
BAHASA PENGANTAR
Bahasa Melayu
KEMUDAHAN
Peserta dibekalkan dengan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan mata pelajaran kursus yang ditawarkan.
PEPERIKSAAN / SIJILPeserta dikehendaki menduduki peperiksaan di penghujung kursus yang disertai bagi memperolehi sijil kelulusan. Namun peserta yang hanya menyertai kelas dan kuliah tanpa menduduki peperiksaan akan hanya diberi sijil penyertaan.
TENAGA PENGAJARKelas dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
YURANYuran Kursus bagi setiap modul ialah RM250 sahaja. Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :‑
Tel : 03-79676167 (Puan Noor Afsurizan Mohd Afandi)
Tel : 03-79676010 (Dr. Faisal Ahmad Shah)
Fax : 03-79676030
BORANG PERMOHONAN
SIJIL PENGAJIAN AL –QUR’ANAKADEMI PENGAJIAN ISLAMUNIVERSITI MALAYAUrusetia
Sijil Pengajian al-Qur’an
Unit Pembangunan Sosial
Bahagian Pembangunan Korporat
Aras 4 Blok D, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Nama : ________________________________________
Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( )
Umur : _______________
Warganegara: _______________________________
No Kad Pengenalan
(Baru) :________________________________________
(Lama) :_______________________________________
Status :______________________
Pekerjaan:_____________________________________ (Jika bekerja)
Kelulusan Akademik:_____________________________ (sila sertakan salinan sijil sekurang-kurangnya SPM)
Alamat surat-menyurat____________________________
_______________________________________________
No.Telefon Rumah :_______________________________
No. Telefon Pejabat/tel. bimbit:______________________
Faks :_________________________________________
E-Mel :________________________________________
Di bawah anjuran:
UNIT PEMBANGUNAN SOSIAL
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYSIA